Jari jemari ini menaip wadah terakhir.Ya.tamat.
Mungkin inilah bingkisan terakhir
Titik penghujung kisah kita….di sini
Semua isi rumah kelihatan nyenyak tidur. Diulit mimpi indah barangkali. Aku baru sahaja selesai dengan tugasku. Penat. Mengemas barang, memikir dan menyelesaikan masalah yang tak jemu untuk datang dan pergi. Boneka itu. Tak mengapalah. Ini yang terakhir bukan?Biarlah.
‘Semoga dia berubah’
***
Minggu lepas aku dan teman menghabiskan detik terakhir bersama insan-insan istimewa di sini. Ke Raub, melawat Siti Ramlah, umi sekeluarga, juga makcik Aisyah yang sangat mulia hatinya. Syukur dipertemukan dengan insan yang hatinya seindah wajah. Benih kasih itu sudah bercambah di hati.
Teman, sangat bahagia dipertemukan dengan kalian. Moga tautan kasih itu tidak mati disini.
Terima kasih semua.Terima kasih layanan istimewa. Juga hadiah dan santapan istimewa paling berharga. Tidak ada yang lebih berharga melainkan sekeping hati yang mulia.
Tidak mengapa ya. Moga kita ketemu lagi.Insyaallah.
Sayu hati untuk pergi. Sememangnya detik itu tak akan kembali. Moga memori itu jadi peneman di kala sunyi. Ya. Saya pasti merindui detik itu. Walau hanya tinggal sisa dan saki baki cuma. Walau sudah reput ditelan waktu. Pasti mengingati walau sepicing pun.
with cud & siti
at the gassifier site.with fatin izyan, siti, and cud
bbq time!
umi :)
zara : 'sedetik kenangan....seindah haruman'
zara : 'sedetik kenangan....seindah haruman'