Friday, August 15, 2014

Zaman sekolah tinggi!




Baju putih 
Kain biru
Aku rindukan saat itu
Saat berada di dunia yang semuanya perempuan
Aku bebas berlari, dan melompat tinggi

Asrama
Rasa senang walau dikurung di penjara
Orang mungkin fikir aku di dalam tembok batubesi
Tapi aku seolah berada di taman bunga, harum mewangi
Di sana aku punya ramai teman
Tempat meluahkan rasa, menangis, ketawa bersama
Tempat kita sekeluarga makan, belajar, dan beribadat bersama
Tempat bergurau manja
Tempat aku belajar erti kehidupan
Aku dipimpin, memimpin dan terpimpin
Rindunya aku pada teratak itu
Tempat kita bersengkang mata, bercerita, dan membincangkan perkara 'gila'

Rinduku pada perkhemahan dulu
Zaman menjadi fasilitator
Zaman menjadi ahli pengakap muda
Pohon buluh yang perlu kita tebang, cantum dan ikat menjadi perabut indah
Lali dengan keringat, lumpur, dan kepenatan
Semuanya itu tidak terasa kerna gelak tawa dan penyatuan hati melebihi segala

Rinduku pada kumpulan itu
Kumpulan yang menjadi kebanggaan kita
Dari bait kata itu kita gubah menjadi lagu yang cukup halus...cukup indah
Kita alunkan bersama
Hinggakan satu ketika kita tiada daya, tiada suara
Tapi kita mampu julang piala kemenangan itu keliling kota
Kita harumkan nama kerana rasa cinta
Cinta sebuah keluarga 

Ya Allah, rindu aku pada temanku
Teman seperjuangan yang betul boleh membaca tiap gerak geri
Sahabat yang mampu menilik isi hati
Keluarga yang teramat memahami

Perjalanan itu mendewasakan aku
Mengajar aku
Sayangnya aku pada keluarga itu
Takkan pernah luput dimamah waktu


Pictures do talk!

*4sc1 2005 <Najwa, Hanis, Yati, Aziera, Zara, Aqilah>*


***

***

 ***
***



Nota Kaki: Muka gelap dari dulu till now. Do i care?





Wednesday, August 13, 2014

mimpi





mimpi yang datang
impian yang pergi
mimpi yang berulang
realiti yang tak mungkin kembali

mimpi itu perlu diperhalusi
mimpi secara sedar atau tidak
semuanya mampu membuahkan emosi, menguatkan hati, memberi semangat
namun mimpi itu juga mampu memberi rasa sedih, hiba, pahit
kita boleh mengawal mimpi itu, mumgkin
letakkan kepala di landasan tepat
Landasan yang kau takkan dipijak, ditoreh dan ditikam mati
Pilih landasan yang boleh membawa kau menatap sejuta hamparan bunga dan taman indah,
penuh rama-rama, cantik lagi menenangkan

Realiti itu pengakhiran
Betul kau tak dapat ubah titik noktah cerita
Tapi kau mampu letakkan sepenuh usaha untuk pengakhiran yang indah
Terima realiti itu seadanya
Terima qada dan qdar
Ada rahsia di balik kejadian
Dia yang MAHA tahu
Jangan terlalu ego menidakkan kejadian

Ingat!
Yang perlu kau ubah adalah masa hadapan
Masa mendatang yang diberi percuma
Hargai kerna kau bakal dihargai



I will come here someday. Shall we? :)









Sunday, August 10, 2014

Al Fateh Bakery Supplier





Tiap hari baru untuk projek baru
Lukisan baru
Dunia baru
Insyaallah
Bukan x sayang Velcro
Sayang sangat!velcro tempat mula2 zara belajar dunia kerja.Peluang untuk zara kumpul duit & aset. 
Peluang pertama untuk zara tolong family walau tak banyak mana

Tapi Al Fateh tetap masa depan Zara
Zara perlukan Al Fateh untuk kehidupan mendatang
Al Fateh cinta hati Zara
Arah tuju & insyaallah Al Fateh teman hari tua Zara

Zara perlukan sesuatu ni untuk saham akhirat
Ini peluang Zara, semua bermula di Al Fateh
Insyaallah. 


I love in it. Welcome to Al Fateh Bakery Supplier
Membeli sambil menderma!





Thursday, August 7, 2014

Bangun!!



tutup buka lama
buka buku baru
nak melupakan susah
nak mengelak teramat payah
cuba pandang ke depan
ke mana arah tuju kita
hasilkan sesuatu yang terbaik
yang bermakna untuk diri sendiri, juga orang lain nanti
abaikan suara2 sumbang, bisik2 kosong
kita lebih tahu apa yg kita mahu
jadilah pelukis, bukan yang dilukis





by:noorzaharahzulkipli