Thursday, July 24, 2014

Hari Raya! Comin!




Bismillah

Salam Ramadahan & Selamat menyambut hari raya
Tahun ni adalah tahun pertama zara berhari raya+bekerjaya
Bila dah masuk usia 25 tahun & bekerja confirm tak dapat duit raye. Tapi tu bukan benda paling penting.
Yg paling utama sbg seorang anak, u should help your parents no matter what.
Family kami sederhana, bkn jenis yg terlalu vogue sangat kan. So persiapan adalah alah kadar sahaja.
Zara sendiri bukan la terlalu mementingkan baju paling cantik+paling mahal+branded+cun gilos+meletops ala2 datin tu.

Im simply woman.Simply Zara :) Siyesly, I am.

So, untuk adik-adikku sayang masing2 dah ada kain yang belum berjahit lagi. Tak niat pun untuk hari raya :) Gunakan apa yg belum diguna dan elak pembaziran.

Zara pernah cakap pada bakal en husband mcm ni:



"Kite xda baju baru, just jahit yang lama tu.Kte bkn pmpuan vogue, dahla gelap, jerawat. Tapi kte akan berusaha bagi tgn kite tak segelap ni, muka tak berbelang, tak ada jerawat & bersenam selalu supaya tak gemox"

Jawapan dia:


"Sbb tu sy pilih awak. Sy pun akan senaman supaya x gemox"




Haha. Kelakar pulak bila dia ckp mcm tu. Kte main-main je lah!Act tak kisah awk gemok atau kurus. Just believe, everyone has beauty but not everyone sees it. 



So, berbalik pada cerita kita, antara bnda paling penting untuk prepare b4 raya:
1. Kemas rumah!
2. Pasang langsir+cadar yang baru. Tak baru pun tak mengapa, janji bersih
3. Kuih raya. Sila buat atau beli :)
4. Baju, kasut, shawl & segalanya untuk dipakai di hari raya
5. Ketupat, nasi impit, sambal tahun. * of course sebab kami darah jawa ye. Benda ni wajib!



Paling seronok beraya zaman kanak-kanak lah. Berapa hari sebelum raya dah tenang baju yang mak jahitkan. Malam raya tak sabar nak bangun pagi. Tapi zaman dulu2 memang sibuk sebab adik beradik sebelah emak ramai yang memang meriah. Rumah besar yang penuh dengan manusia. Main bunga api, mercun, masak lauk untuk hari raya.Tapi paling tragis kene cuci pinggan dalam kuantiti yang banyak! Aigoo, memang tula tugas kami yang kecik2 ni :) Rindu membuak2 pada arwah embah yang sangat rajin memasak. Kuat bekerja walaupun boleh dikategorikan sbg warga emas. Pandi menganyam bakul, tudung saji, menjahit, memasak, berkebun. Everything about hers ability that really inspired me. Knp zara tak ada kelebihan sampai tahap tu.

Thats why, zara janji pada diri zara. Kalau boleh, sesiapa yang berada di sisi zara akan rasa beruntung bila zara ada di sisi mereka.
Caranya mudah maafkan, memberi, belajar  & belajar.


Insyaallah :)



Salam Aidilfitri maaf dzahir batin :)Wassalam


* Having our iftar here! Kenny rogers. Thanx u :) 23/7/14 AEON Ipoh*


Nota kaki: *Ilmu Allah umpama lautan, takkan tergugat kemarau panjang.Indahnya islam amal sertakan, iman dan taqwa hati kan tenang*





Wednesday, July 16, 2014

Hak memilih





Tiap hari baru
Tiap peluang baru
Genggam
jangan pernah lepaskan
Kerna mungkin peluang itu takkan datang lagi
Takut kau menyesal kemudian hati
Patahkan ego
Hidupkan semangat
Pemberian itu milik Allah
Jangan pernah dipersia
Kita yang berhak memilih


"Very little is needed to make a happy life. It is all within yourself, in your way of thinking"







Tuesday, July 15, 2014



Bismillah
Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang
Dia yang mengetahui segala isi hati, segala maksud tersirat

Yakin dgn DIA sang pencipta
Kalau betul kamu sedih, jatuh, kehilangan
Sujudlah pada DIA
Dia yang maha kaya
Dia miliki segalanya

Jangan pernah angkuh
Dunia bukan milik kita
Dunia sementara

Betul
Kita semua sama
Beza hanya pada iman, pada amalan

Ya Allah
Jernihkan hati ni
Sinari hati ini
Jika benar terbaik untukku
Tunjukkanlah walau aku tidak layak memiliki bahgia itu


Amin ya rabb



Sunday, July 13, 2014

(y)








is zara: berusaha untuk jadi lebih baik dari yang terbaik



gambattehhh !!!!!!!!!!!






Ya Allah
Kurniakan aku sang hati yang mencinta
Ya Allah
Kurniakan aku sang hati yg penyayang
Ya Allah
Kurniakan aku sang hati yang tenang
Ya Allah 
Kurniakan aku sang hati yang kuat berpegang padamu

Amin

Tuesday, July 8, 2014

Hariku




Hariku
bosan
bosan dgn manusia 
bosan dengan kerja
Tlg bahagikan kerja sama rata
Bila salah semua hanya mampu menunding jari
Aku hanya mampu senyum sinis
Manusia mmg begitu
dalam hati : "lain kali buat sendiri!"

Sekarang
Blm tiba masa untuk undur pergi
Walau ada rasa sayu dalam hati

Masa itu akan tiba nanti
:)








Friday, July 4, 2014




Tika ku kealpaan, kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan tika aku diuji dgn dugaan
saat ku kehilangan keyakinan kau nyalakan harapan
Saatku meragukan keampunan tuhan
Kau kata rahmatnya mengatasi segala


:)