Saturday, May 7, 2011

khasiat soya~

air soya buatan sendiri adalah lebih baik dari air soya yang sudah dibotol atau ditinkan. 
disebabkan terlalu berminat dengan air soya niy, sy mencari info mengenainya untuk dikongsi bersama.ternyata air soya boleh mengurangkan risiko KANSER dan jantung!

antara khasiat soya:

Makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah daripada daging, susu atau telur.

Mengandungi 50% protein bagi setiap 100 gram kacang soya, merupa 2 kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu ada 3 kali lebih daripada telur.

Kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium,manganese, magnesium, iron dan fosforus.

Kaya dengan vitamin A, B, C , D serta lesitin.

Boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.

Protein soya boleh mengurangakn risiko penyakit kanser dan jantung.

Mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekal tenaga.

Sangat baik sebagai bahan bagi hidangan vegetarian.

Mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.

hampas kacang soya  pula sesuai dijadikan penyental pada kulit muka dan badan. ia boleh dicampur air mawar atau air biasa, ia melembut, memutih dan menggebukan kulit, sesuai untuk semua jenis kulit. 



No comments:

Post a Comment