Tuhan sentiasa ada dikala kita susah, senang, sewaktu ditimpa musibah & walaupun kita terleka dengan kurniaannya…Dan walau dalam apa jua perkara, DIA pasti ada dan setia menemani kita…
Siapa lagi yang perlu kita percaya selain Allah…percaya & yakinlah kepada Allah kerna hatimu akan menjadi tenang…
Sedih hati memikirkan perkara yang terjadi dalam hidup niy…tak perlu ditangisi bayangan lalu kerna hidup ini hanya sementara…Alhamdulillah, aku punya keluarga juga sahabat tempat aku meluahkan rasa, melerai gusar di jiwa. Pahit pedih dirasa bersama. Terima kasih sahabat kerana memberi ruang untuk aku berkongsi keluh kesah, juga menjadi akar tunjang tempatku berpaut…Terima kasih tuhan atas kurniaanmu YaAllah…Kurniaan yang tiada nilai dan tolok bandingnya.
Sekali lagi aku disedarkan dari mimpi. Mimpi yang selama ini membuatku hampir terlupa pada kekuasaanmu. Syukur Ya Allah….Syukur engkau memberi aku peluang untuk tersedar sebelum aku kembali menghadapmu.
Mungkin ujian yang engkau beri ini adalah kerana dosa masa laluku…Terima kasih Ya Allah…
berbekalkan sahabat yang setia bersamaku, aku menjadi lebih kuat untuk menempuhi hari2 mendatang...
Selepas ini aku pasti lebih berhati2 melalui titian hidup yang sangat halus dan berliku….Semoga sentiasa diteguhkan iman dan peroleh hidayah darinya…AMIN..
nota kaki: terima kasih semua =)
No comments:
Post a Comment