Sedar tak sedar, sudah seminggu sudah kita menyambut hari Raya aidilfitri. Alhamdulillah. Syukur dapat berkumpul bersama. Rindu aku pada saat itu.. Seronok ada adik2...Xd la rase kosong.... Raya kali niy kurang seronok, tak dapat berjumpa teman lama. Jus p jalan rumah dekat je…rumah cikgu adik, kawan mak..Almaklumlah, kawan jao2…sob3..Itulah, kenapa tak ambil lessen cik zara oii~
“agaknya satu hari nanti ada jugak nenek yang baru nak ambik lesen…”
Nenek??hehe. ceq la tu…Persetankan. Tgkla…lg setahun je nk kerja tau. Tak sabar nk bwk kereta p raya rumah kawan…
Mengapa terlalu berkehendakkan yang tinggi nilainya
Cantik pada pandangan mata
Ya. Mungkin cantik pada mata..tapi buta hatinya
Keunikannya diagungkan hingga tersisih yang lainnya
Walau yang biasa itu tampak hodoh di ruangan mata
Jangan mudah menilai
'gali' dalam-dalam
Kerna di situ letaknya 'harta' yang melebihi segala
'Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu…Dan boleh jadi kamu amat menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagiku…Allah mengetahuinya sedangkan kamu tidak mengetahuinya….'
Mengatur langkah tanpa menoleh. Seolah tidak mengendahkan sesiapa
Ya. Gadis kecil itu.
Wajahnya memperlihatkan kekuatan. Senyuman dan butir bicaranya benar-benar mempesonakan
Tapi redup mata itu sedikit pun tak mampu menipu.
Dia hanya insan lemah yang hanya berlagak hebat. Sebolehnya dia mahu menyimpan dalam-dalam dan mengunci tiap satu kelemahannya.
Mengapa begitu sayang. Tak perlu disimpan kalau ianya sakit. Tak perlu disimpan kalau ianya hanya mampu mematikan hati kita untuk terus hidup di muka bumi ini. Biarkan kesakitan itu mengalir keluar dari pelupuk mata dan buang jauh-jauh. Ingat ya.Tiap apa yang kita buat semua dinilai Allah.
Cuba belajar mengahargai harga sebuah kehidupan.
Zara:
Jangan pernah menyesali perjalanan hidup. Timba ilmu sebanyak mungkin. Piala kemenangan itu mungkin bakal kau miliki.