susuk tubuh itu berlalu pergi, pantas.
Mengatur langkah tanpa menoleh. Seolah tidak mengendahkan sesiapa
Ya. Gadis kecil itu.
Wajahnya memperlihatkan kekuatan. Senyuman dan butir bicaranya benar-benar mempesonakan
Tapi redup mata itu sedikit pun tak mampu menipu.
Dia hanya insan lemah yang hanya berlagak hebat. Sebolehnya dia mahu menyimpan dalam-dalam dan mengunci tiap satu kelemahannya.
Mengapa begitu sayang. Tak perlu disimpan kalau ianya sakit. Tak perlu disimpan kalau ianya hanya mampu mematikan hati kita untuk terus hidup di muka bumi ini. Biarkan kesakitan itu mengalir keluar dari pelupuk mata dan buang jauh-jauh. Ingat ya.Tiap apa yang kita buat semua dinilai Allah.
Cuba belajar mengahargai harga sebuah kehidupan.
Zara:
Jangan pernah menyesali perjalanan hidup. Timba ilmu sebanyak mungkin. Piala kemenangan itu mungkin bakal kau miliki.
ehm
ReplyDelete