Baju putih Kain biru Aku rindukan saat itu Saat berada di dunia yang semuanya perempuan Aku bebas berlari, dan melompat tinggi Asrama Rasa senang walau dikurung di penjara Orang mungkin fikir aku di dalam tembok batubesi Tapi aku seolah berada di taman bunga, harum mewangi Di sana aku punya ramai teman Tempat meluahkan rasa, menangis, ketawa bersama Tempat kita sekeluarga makan, belajar, dan beribadat bersama Tempat bergurau manja Tempat aku belajar erti kehidupan Aku dipimpin, memimpin dan terpimpin Rindunya aku pada teratak itu Tempat kita bersengkang mata, bercerita, dan membincangkan perkara 'gila' Rinduku pada perkhemahan dulu Zaman menjadi fasilitator Zaman menjadi ahli pengakap muda Pohon buluh yang perlu kita tebang, cantum dan ikat menjadi perabut indah Lali dengan keringat, lumpur, dan kepenatan Semuanya itu tidak terasa kerna gelak tawa dan penyatuan hati melebihi segala Rinduku pada kumpulan itu Kumpulan yang menjadi kebanggaan kita Dari bait kata itu kita gubah menjadi lagu yang cukup halus...cukup indah Kita alunkan bersama Hinggakan satu ketika kita tiada daya, tiada suara Tapi kita mampu julang piala kemenangan itu keliling kota Kita harumkan nama kerana rasa cinta Cinta sebuah keluarga Ya Allah, rindu aku pada temanku Teman seperjuangan yang betul boleh membaca tiap gerak geri Sahabat yang mampu menilik isi hati Keluarga yang teramat memahami Perjalanan itu mendewasakan aku Mengajar aku Sayangnya aku pada keluarga itu Takkan pernah luput dimamah waktu
realiti yang tak mungkin kembali mimpi itu perlu diperhalusi mimpi secara sedar atau tidak semuanya mampu membuahkan emosi, menguatkan hati, memberi semangat namun mimpi itu juga mampu memberi rasa sedih, hiba, pahit kita boleh mengawal mimpi itu, mumgkin letakkan kepala di landasan tepat Landasan yang kau takkan dipijak, ditoreh dan ditikam mati Pilih landasan yang boleh membawa kau menatap sejuta hamparan bunga dan taman indah, penuh rama-rama, cantik lagi menenangkan Realiti itu pengakhiran Betul kau tak dapat ubah titik noktah cerita Tapi kau mampu letakkan sepenuh usaha untuk pengakhiran yang indah Terima realiti itu seadanya Terima qada dan qdar Ada rahsia di balik kejadian Dia yang MAHA tahu Jangan terlalu ego menidakkan kejadian Ingat! Yang perlu kau ubah adalah masa hadapan Masa mendatang yang diberi percuma Hargai kerna kau bakal dihargai
tutup buka lama
buka buku baru
nak melupakan susah
nak mengelak teramat payah
cuba pandang ke depan
ke mana arah tuju kita
hasilkan sesuatu yang terbaik
yang bermakna untuk diri sendiri, juga orang lain nanti
abaikan suara2 sumbang, bisik2 kosong
kita lebih tahu apa yg kita mahu
jadilah pelukis, bukan yang dilukis
Bismillah Salam Ramadahan & Selamat menyambut hari raya Tahun ni adalah tahun pertama zara berhari raya+bekerjaya Bila dah masuk usia 25 tahun & bekerja confirm tak dapat duit raye. Tapi tu bukan benda paling penting. Yg paling utama sbg seorang anak, u should help your parents no matter what. Family kami sederhana, bkn jenis yg terlalu vogue sangat kan. So persiapan adalah alah kadar sahaja. Zara sendiri bukan la terlalu mementingkan baju paling cantik+paling mahal+branded+cun gilos+meletops ala2 datin tu. Im simply woman.Simply Zara :) Siyesly, I am. So, untuk adik-adikku sayang masing2 dah ada kain yang belum berjahit lagi. Tak niat pun untuk hari raya :) Gunakan apa yg belum diguna dan elak pembaziran. Zara pernah cakap pada bakal en husband mcm ni:
"Kite xda baju baru, just jahit yang lama tu.Kte bkn pmpuan vogue, dahla gelap, jerawat. Tapi kte akan berusaha bagi tgn kite tak segelap ni, muka tak berbelang, tak ada jerawat & bersenam selalu supaya tak gemox"
Jawapan dia:
"Sbb tu sy pilih awak. Sy pun akan senaman supaya x gemox"
Haha. Kelakar pulak bila dia ckp mcm tu. Kte main-main je lah!Act tak kisah awk gemok atau kurus. Just believe, everyone has beauty but not everyone sees it.
So, berbalik pada cerita kita, antara bnda paling penting untuk prepare b4 raya: 1. Kemas rumah! 2. Pasang langsir+cadar yang baru. Tak baru pun tak mengapa, janji bersih 3. Kuih raya. Sila buat atau beli :) 4. Baju, kasut, shawl & segalanya untuk dipakai di hari raya 5. Ketupat, nasi impit, sambal tahun. * of course sebab kami darah jawa ye. Benda ni wajib!
Paling seronok beraya zaman kanak-kanak lah. Berapa hari sebelum raya dah tenang baju yang mak jahitkan. Malam raya tak sabar nak bangun pagi. Tapi zaman dulu2 memang sibuk sebab adik beradik sebelah emak ramai yang memang meriah. Rumah besar yang penuh dengan manusia. Main bunga api, mercun, masak lauk untuk hari raya.Tapi paling tragis kene cuci pinggan dalam kuantiti yang banyak! Aigoo, memang tula tugas kami yang kecik2 ni :) Rindu membuak2 pada arwah embah yang sangat rajin memasak. Kuat bekerja walaupun boleh dikategorikan sbg warga emas. Pandi menganyam bakul, tudung saji, menjahit, memasak, berkebun. Everything about hers ability that really inspired me. Knp zara tak ada kelebihan sampai tahap tu. Thats why, zara janji pada diri zara. Kalau boleh, sesiapa yang berada di sisi zara akan rasa beruntung bila zara ada di sisi mereka. Caranya mudah maafkan, memberi, belajar & belajar.