Gaya bercinta……LOGIKAL~
cinta logikal adalah cinta yang lebih praktikal dan realistik. Gaya bercinta ini merujuk kepada gaya bercinta di mana individu yang terlibat cuba mencari pasangan yang terbaik untuknya. Individu yang menggayakan cinta jenis ini suka memikirkan keuntungan peribadi dalam perhubungan.
Individu itu akan menetapkan ciri-ciri khusus dan cuba mencari pasangan yang sesuai dengan atau mengikut ciri-ciri khusus tersebut. Sekiranya pasangan yang sesuai telah ditemui, sebarang kemungkinan untuk berpisah selalunya akan dibuat pertimbangan terlebih dahulu.
Pengamal gaya ini juga sabar menangguh hubungan cintanya sehingga mereka betul-betul merasakan individu yang ditemui itu memenuhi kriteria yang dikehendaki. Mereka juga inginkan keserasian latar belakang mereka dengan pasangan yang ingin didampingi. Perasaan cinta hanya timbul selepas membuat perhitungan bahawa pasangan itu benar-benar layak untuknya.
Cinta Pengorbanan...~
Gaya bercinta pengorbanan atau ‘agape’ merupakan satu gaya bercinta yang dimiliki oleh individu yang memperhambakan dirinya untuk cinta. Terdapat beberapa ciri yang boleh dilihat pada individu yang memiliki gaya bercinta jenis ini. Antaranya ialah mereka ini terdiri dari individu yang suka membantu, amat memahami dan pemaaf terhadap pasangan.
Pemilik cinta ini bersifat terlalu ekstrim dalam percintaan menyebabkan mereka terlalu penyabar terhadap apa jua kerenah orang yang dicintai. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi orang yang tersayang dan pengorbanan yang mereka lakukan menyebabkan pemikiran mereka terbatas
Pengamal gaya bercinta ini juga dikatakan bersikap terbuka kerana sanggup menerima cinta daripada orang yang berbeza-beza personalitinya. Mereka memberikan cinta dan kasih sayang dengan rela hati tanpa sebarang syarat kepada pasangan yang dicintai. Pengamal cinta pengorbanan ini juga sanggup melakukan apa sahaja asalkan orang yang mereka cintai itu bahagia dan gembira.
Mereka sanggup mengenepikan cita-cita sendiri asalkan pasangan mereka berjaya mendapatkan apa yang dikehendakinya. Dengan kata lain pengamal cinta ini berkorban apa sahaja demi memenangi cinta dari pasangan mereka.
No comments:
Post a Comment