Hati sakit…
memikirkan permasalahan manusia
Hati pedih…
merasakan pergolakan di jiwa
Manusia memang mudah memikirkan penyelesaian tanpa berfikir panjang
Mungkin kerna kurang bijak dalam mengawal emosi
Hanya mengikutkan kata hati yang penuh dendam, amarah, pedih, sakit…
Ingatlah…
Seorang sahabat akan sentiasa memaafkan sahabatnya
Seorang sahabat akan sentiasa memikirkan yang terbaik untuk temannya
Seorang sahabat takkan membiarkan temannya meniniskan air mata hiba
Seorang sahabat hanya akan menceritakan perihal mulia tentang temannya
Berapa ramai sahabat sejati yang bertapak di hati kita
Sahabat yang mulia hatinya
Sahabat ikhlas dalam bersuara
Tidak bermuka-muka….
Yang sentiasa mendahului sahabat berbanding kekasihnya…
Jika ditemukan sahabat yang sempurna..
Jangan mudah melepaskan
Kerna sahabat sejati yang satu itu mungkin yang terakhir buat kita
Tiada yang lainnya…
HARGAILAH sementara dia masih ada.
zara: hati yang tak mampu membendung rasa.sabar.
No comments:
Post a Comment