Sunday, April 29, 2012

"setia"



Adakah engkau setia..


kau hanya mahukan kesempurnaan. Tapi diri sendiri diabaikan. Mana letaknya nilai setia di ruang matamu. Kau hanya mampu mengarah, mengatur. Semua terletak di tangan kau? Jangan pentingkan diri lah…..Orang lain punya hati, punya perasaan….

Mungkin kau pandang ringan apa yang kau lakukan. Tanpa pikirkan perasaan orang tersayang. Sampai bila mereka mampu bertahan. Sampai bila mereka menahan air mata mengalir  dari tubir empangan. Dia makan hati. Kau saja tidak tahu….tidak tahu atau sengaja tidak ambil tahu…mungkin kau terlalu hanyut dengan dunia indahmu. Hingga mengabaikan hati yang terluka.







A:awak, dia sudah ada yang lain….sebab tu dy tak pedulikan kau!
B:Mustahil…dia sangat baik…aku percaya dia…dia setia orangnya..mungkin dia sibuk dengan kerjaya….*senyum

A: Semua orang heboh tentang mamat tu…kau kat sini selamba je…tak ada perasaan kah?
B:Awak, jangan percaya kata orang, belum ada bukti…lagi pula dia bkn begitu…aku lebih kenal dia…(dalam hati, “benarkah?”)

A: Awak, tu si mamat kan. Dengan perempuan mana pulak tu….tak habis-habis!
B:ish,  takkanlah…. mungkin urusan kerja. Lagipun dia sgt pentingkan keja dia..Tak ada masa nk keluar saja2…(dalam hati, “kenapa dia tak beritahu aku?”)

C: Awak, saya minta maaf.Selama ni saya tak pernah berterus terang. Ada wanita lain yang bertamu di hati saya…Seseorang yang sangat saya sayangi. Semoga awak berjumpa seseorang yang lebih baih dari saya. Saya doakan kebahagiaan awak.

B :….
 tak mengapa, mungkin saya yang tidak sempurna di mata awak…salah saya…





Retaklah hati wanita itu kerna kepercayaan yang ditabur atas sebuah hubungan yang tidakpasti. Bahagiakah lelaki itu kerana bergembira di atas tangisan org yang sgt2 menyayanginya…?
Ingatlah, hargai sementara masih ada…jangan memulakan jika masih belum bersedia.





Zara: tidak ada kaitan dengan sesiapa.





No comments:

Post a Comment