Monday, June 5, 2023

Holla


Hello everyone. 




Its been a longgg time since I wrote here!
And now I'm entering mids of 30 series, with 3 sons. Alhamdulillah. 

Perjalanan yg panjang, berliku dan penuh onak duri. Struggle is REAL. 



Friday, August 15, 2014

Zaman sekolah tinggi!




Baju putih 
Kain biru
Aku rindukan saat itu
Saat berada di dunia yang semuanya perempuan
Aku bebas berlari, dan melompat tinggi

Asrama
Rasa senang walau dikurung di penjara
Orang mungkin fikir aku di dalam tembok batubesi
Tapi aku seolah berada di taman bunga, harum mewangi
Di sana aku punya ramai teman
Tempat meluahkan rasa, menangis, ketawa bersama
Tempat kita sekeluarga makan, belajar, dan beribadat bersama
Tempat bergurau manja
Tempat aku belajar erti kehidupan
Aku dipimpin, memimpin dan terpimpin
Rindunya aku pada teratak itu
Tempat kita bersengkang mata, bercerita, dan membincangkan perkara 'gila'

Rinduku pada perkhemahan dulu
Zaman menjadi fasilitator
Zaman menjadi ahli pengakap muda
Pohon buluh yang perlu kita tebang, cantum dan ikat menjadi perabut indah
Lali dengan keringat, lumpur, dan kepenatan
Semuanya itu tidak terasa kerna gelak tawa dan penyatuan hati melebihi segala

Rinduku pada kumpulan itu
Kumpulan yang menjadi kebanggaan kita
Dari bait kata itu kita gubah menjadi lagu yang cukup halus...cukup indah
Kita alunkan bersama
Hinggakan satu ketika kita tiada daya, tiada suara
Tapi kita mampu julang piala kemenangan itu keliling kota
Kita harumkan nama kerana rasa cinta
Cinta sebuah keluarga 

Ya Allah, rindu aku pada temanku
Teman seperjuangan yang betul boleh membaca tiap gerak geri
Sahabat yang mampu menilik isi hati
Keluarga yang teramat memahami

Perjalanan itu mendewasakan aku
Mengajar aku
Sayangnya aku pada keluarga itu
Takkan pernah luput dimamah waktu


Pictures do talk!

*4sc1 2005 <Najwa, Hanis, Yati, Aziera, Zara, Aqilah>*


***

***

 ***
***



Nota Kaki: Muka gelap dari dulu till now. Do i care?





Wednesday, August 13, 2014

mimpi





mimpi yang datang
impian yang pergi
mimpi yang berulang
realiti yang tak mungkin kembali

mimpi itu perlu diperhalusi
mimpi secara sedar atau tidak
semuanya mampu membuahkan emosi, menguatkan hati, memberi semangat
namun mimpi itu juga mampu memberi rasa sedih, hiba, pahit
kita boleh mengawal mimpi itu, mumgkin
letakkan kepala di landasan tepat
Landasan yang kau takkan dipijak, ditoreh dan ditikam mati
Pilih landasan yang boleh membawa kau menatap sejuta hamparan bunga dan taman indah,
penuh rama-rama, cantik lagi menenangkan

Realiti itu pengakhiran
Betul kau tak dapat ubah titik noktah cerita
Tapi kau mampu letakkan sepenuh usaha untuk pengakhiran yang indah
Terima realiti itu seadanya
Terima qada dan qdar
Ada rahsia di balik kejadian
Dia yang MAHA tahu
Jangan terlalu ego menidakkan kejadian

Ingat!
Yang perlu kau ubah adalah masa hadapan
Masa mendatang yang diberi percuma
Hargai kerna kau bakal dihargai



I will come here someday. Shall we? :)









Thursday, August 7, 2014

Bangun!!



tutup buka lama
buka buku baru
nak melupakan susah
nak mengelak teramat payah
cuba pandang ke depan
ke mana arah tuju kita
hasilkan sesuatu yang terbaik
yang bermakna untuk diri sendiri, juga orang lain nanti
abaikan suara2 sumbang, bisik2 kosong
kita lebih tahu apa yg kita mahu
jadilah pelukis, bukan yang dilukis





by:noorzaharahzulkipli

Thursday, July 24, 2014

Hari Raya! Comin!




Bismillah

Salam Ramadahan & Selamat menyambut hari raya
Tahun ni adalah tahun pertama zara berhari raya+bekerjaya
Bila dah masuk usia 25 tahun & bekerja confirm tak dapat duit raye. Tapi tu bukan benda paling penting.
Yg paling utama sbg seorang anak, u should help your parents no matter what.
Family kami sederhana, bkn jenis yg terlalu vogue sangat kan. So persiapan adalah alah kadar sahaja.
Zara sendiri bukan la terlalu mementingkan baju paling cantik+paling mahal+branded+cun gilos+meletops ala2 datin tu.

Im simply woman.Simply Zara :) Siyesly, I am.

So, untuk adik-adikku sayang masing2 dah ada kain yang belum berjahit lagi. Tak niat pun untuk hari raya :) Gunakan apa yg belum diguna dan elak pembaziran.

Zara pernah cakap pada bakal en husband mcm ni:



"Kite xda baju baru, just jahit yang lama tu.Kte bkn pmpuan vogue, dahla gelap, jerawat. Tapi kte akan berusaha bagi tgn kite tak segelap ni, muka tak berbelang, tak ada jerawat & bersenam selalu supaya tak gemox"

Jawapan dia:


"Sbb tu sy pilih awak. Sy pun akan senaman supaya x gemox"




Haha. Kelakar pulak bila dia ckp mcm tu. Kte main-main je lah!Act tak kisah awk gemok atau kurus. Just believe, everyone has beauty but not everyone sees it. 



So, berbalik pada cerita kita, antara bnda paling penting untuk prepare b4 raya:
1. Kemas rumah!
2. Pasang langsir+cadar yang baru. Tak baru pun tak mengapa, janji bersih
3. Kuih raya. Sila buat atau beli :)
4. Baju, kasut, shawl & segalanya untuk dipakai di hari raya
5. Ketupat, nasi impit, sambal tahun. * of course sebab kami darah jawa ye. Benda ni wajib!



Paling seronok beraya zaman kanak-kanak lah. Berapa hari sebelum raya dah tenang baju yang mak jahitkan. Malam raya tak sabar nak bangun pagi. Tapi zaman dulu2 memang sibuk sebab adik beradik sebelah emak ramai yang memang meriah. Rumah besar yang penuh dengan manusia. Main bunga api, mercun, masak lauk untuk hari raya.Tapi paling tragis kene cuci pinggan dalam kuantiti yang banyak! Aigoo, memang tula tugas kami yang kecik2 ni :) Rindu membuak2 pada arwah embah yang sangat rajin memasak. Kuat bekerja walaupun boleh dikategorikan sbg warga emas. Pandi menganyam bakul, tudung saji, menjahit, memasak, berkebun. Everything about hers ability that really inspired me. Knp zara tak ada kelebihan sampai tahap tu.

Thats why, zara janji pada diri zara. Kalau boleh, sesiapa yang berada di sisi zara akan rasa beruntung bila zara ada di sisi mereka.
Caranya mudah maafkan, memberi, belajar  & belajar.


Insyaallah :)



Salam Aidilfitri maaf dzahir batin :)Wassalam


* Having our iftar here! Kenny rogers. Thanx u :) 23/7/14 AEON Ipoh*


Nota kaki: *Ilmu Allah umpama lautan, takkan tergugat kemarau panjang.Indahnya islam amal sertakan, iman dan taqwa hati kan tenang*





Wednesday, July 16, 2014

Hak memilih





Tiap hari baru
Tiap peluang baru
Genggam
jangan pernah lepaskan
Kerna mungkin peluang itu takkan datang lagi
Takut kau menyesal kemudian hati
Patahkan ego
Hidupkan semangat
Pemberian itu milik Allah
Jangan pernah dipersia
Kita yang berhak memilih


"Very little is needed to make a happy life. It is all within yourself, in your way of thinking"







Tuesday, July 15, 2014



Bismillah
Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang
Dia yang mengetahui segala isi hati, segala maksud tersirat

Yakin dgn DIA sang pencipta
Kalau betul kamu sedih, jatuh, kehilangan
Sujudlah pada DIA
Dia yang maha kaya
Dia miliki segalanya

Jangan pernah angkuh
Dunia bukan milik kita
Dunia sementara

Betul
Kita semua sama
Beza hanya pada iman, pada amalan

Ya Allah
Jernihkan hati ni
Sinari hati ini
Jika benar terbaik untukku
Tunjukkanlah walau aku tidak layak memiliki bahgia itu


Amin ya rabb



Sunday, July 13, 2014

(y)








is zara: berusaha untuk jadi lebih baik dari yang terbaik



gambattehhh !!!!!!!!!!!






Ya Allah
Kurniakan aku sang hati yang mencinta
Ya Allah
Kurniakan aku sang hati yg penyayang
Ya Allah
Kurniakan aku sang hati yang tenang
Ya Allah 
Kurniakan aku sang hati yang kuat berpegang padamu

Amin

Tuesday, July 8, 2014

Hariku




Hariku
bosan
bosan dgn manusia 
bosan dengan kerja
Tlg bahagikan kerja sama rata
Bila salah semua hanya mampu menunding jari
Aku hanya mampu senyum sinis
Manusia mmg begitu
dalam hati : "lain kali buat sendiri!"

Sekarang
Blm tiba masa untuk undur pergi
Walau ada rasa sayu dalam hati

Masa itu akan tiba nanti
:)








Friday, July 4, 2014




Tika ku kealpaan, kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan tika aku diuji dgn dugaan
saat ku kehilangan keyakinan kau nyalakan harapan
Saatku meragukan keampunan tuhan
Kau kata rahmatnya mengatasi segala


:)


Friday, February 21, 2014

Agrotourism :)




'Bersama menghayati keindahan alam'
Alhamdulillah. Allah bg kita mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, lidah untuk merasa. 
Tapi betapa sedikitnya kita bersyukur.

Thank god. Dpt peluang bekerja dengan company Velcro Envirotech niy. At least dapat berjuta pengalaman. Pahit+manis+masin etc. Paling best dapat join activity yg sgt2 adventure& mencabar. 
Betul. Amatlah sesuai dgn citarasa :)

our job, assist lab for water sampling. So, kne masuk hutan simpan, kampung org asli 
&
 redah bukit bukau untuk tujuan persampelan.


 Tanaman kobis di puncak bukit. Naik atas kn pakai land rover or certain hilux yer.
 Kalu tak tak lepas la. Silap haribulan jatuh dr lereng bukit. 

 Nah. Permandangan dari kawasan bukit. 
Actually bukit niy di belakang kawasan kampung org asli.
Tangan dah mcm ketul ais kt ats ni. +_+


 Bersusah payah harungi semak samun + hutan belantara untuk ke kwsn air terjun niy. 
Mmg bahaya sbb xd track untuk laluan. Kene menebas la sikit :)


Empangan Sultan Azlan Shah. Air cetek disebabkan musim panas yg berpanjangan.
Dpt kebenaran masuk couse nk ambil water sample. :)



kawasan rumah org asli :)

*
**
***
****


#Okey, next week kene masuk hutan lg yer memandangkan kerja blm selesai. see ya :)










Dear bloggy



Alhamdulillah.

ini masalah bila lupa password.punya lama tinggal blog niy
neway. Thank to cik zarith sufiani ats sokongan, dorongan & dukungan yg tak terhigga.

Gigih betul beliau.

Padan la dpt dean tiap tahun!!lub u :D





21-2-14


#rindu2 sama muka blog yg slalu ditatap zaman dulu2. :) 

Miss that moment.zaman blaja, zmn patah hati, senyum hati, etc... 








Friday, June 28, 2013

kerja-kerja





kerja.kerja.kerja.

Lepas habis belajar benda niy lah yang melayang layang je kat kepala...aisehhh -_-"
Tengok jawatan kosong semua mcm tak sama dengan apa yg aku belajar. Sains serangga? Ops...xd kaitan langsung dengan bioindustri. Lain la teknologi makanan, pertanian & agroindustri. Even aku pernah terfikir untuk buat researh pasal kelkatu... betulla serangga yang berasal dr anai2 itu. *kagum~

Papepun aku akan cuba untuk dptkn kerja terbaik. Inspektor ad jugak isi, mane tahu rezeki kat situ terima je laa. Takdela excited sgt pun kan :D Asalkan dapat duit untuk sambung belajar, tlg family, kahwin dan lagi lagi... :D I'm 24. So, perlu fikir mase depan oke. Pray for me :)

Insyaallah..Dengan izin Allah, rezeki ada di mana mana. Usaha syg. Usaha. :)


~Hari ini aku belajar perkara baru. 
Tak semua benda kita boleh simpan sembunyi dalam2 
adakalanya ia perlu diluahkan dilepaskan
 pengakhirannya adalah sesuatu yang menenangkan~

Is zara: mulakan hari dengan hati yang gembira :) * bak kata Kim Tak Goo~ 





Thursday, June 27, 2013

Final year>T.A.M.A.T





Alhamdulillah...semua selesai. FYP & paper pun setel
tinggal sedikit sahaja lagi barang utk dikemas bawa pulang.
Seorang demi seorang tinggalkan tempat niy. aku mungkin lusa kot.. :) 
& tiap satu orang yang pergi aku iringi dengan juraian air mata. 
*Kalu time tu pki spec mate xdela jelas sgt kann -_-'

Titis air mata itu melambangkan betapa besarnya nilai anda di ruang hati ini
memang 'indicator' yg bagus la kate org :)

Anyway, plez jaga diri baik-baik
bulan sepuluh niy kita jumpa semula
harap2 dapat jumpa awk2 semua dlm keadaan sihat & bahgia :)

***

For my beloved roomates: 
syahadataini mohd sukari..tq untuk layanan baik slama 4 tahun niy
Kpd teman tersayang: 
si comel Athirah...Plez tk care ur self , jaga kesihatan :)
& buat kembar teristimewa: 
Tn Nor Syuhada bt Tn Mohd Ghazali, i will miss our great moment together



is zara: syg awak semua :') 
Miss syuhada & En Luqman...jumpe awak2 utk conference di Penang :)





Tuesday, March 5, 2013

H A R I J A D I





#4 mac 2013



Tarikh yang amat bermakna
sejujurnya aku hampir2 terlupa
ini betul permasalahan yang rumit
mungkin otak sedikit 'senget'
Patulah aku merasakan sesuatu yang tak kena
#teruk  -_-"

mujur aku sedar sebelum detik itu
apapun aku masih sempat ucapkan 'selamat ulang tahun'
hadiah tak seberapa
maaf


Terima kasih untuk segalanya
'selamat ulang tahun kelahiran ke 23'

:)






da greatest moment :)







bismillah.






alhamdulillah. Pembuka semester yang sgt bermakna untuk aku. 
...ini semester terakhir.sebelum aku bergelar seorang graduan ijazah sarjana muda sains gunaan teknologi bioindustri. 

So, untuk semester akhir niy, zara akan habiskan masa dan sisa detik yang tinggal bersama insan yang zara sayang----->Kawan2 zara & roomate zara yang setia dgn zara selama 4 tahun niy.
sayang awak semua sangat2 :D

Every weekend kami akan habiskan masa bersama. Of course ada adegan dan aktiviti menarik untuk dijadikan memori terindah sebelum menutup tirai semester ini....

Hujung minggu baru niy zara& kawan2 bertandang ke rumah syuhada & syahadataini. 

Act, Zara pernah je ikut diorang balik rumah. 


#cumanya kali niy memang best & luar biasa bila geng+kawan rapat zara join sekali. 

Hepi sgt bila dpt tgk kawasan sawah padi, pokok2 liar, &macam2haiwan kat kawasan rumah tu. 
Tenang sangat-sangat.


our happy momments:

  1. Rumah syahadataini--->makan2 & jenguk family sya :)
  2. Pg rumah sedare syud makan laksa *fav zara kan! :p
  3. Shopping----> kb mall, tanah merah, bachok.
  4. naik moto, jalan2 kampung  @_@
  5. Same2 tolong umi masak 'nasi kerabu'!!! nyum3~sedap sgt2. Boleh try kat rumah nanti :)
  6. Sesi berinai malam terakhir. Memang keje gelak je kan, da hepi sangat bila ada 'pak lawak' kat sini. *gelak sampai berair mata.
  7. Games 'true or dare' .. ----->After sesi berinai tu, kite same2 maen game niy. Bahagian ruang tamu memang kite berempat la kongker. Dah semua orang duk tido. Seronok bila masing2 buat pengakuan & bertukar2 cerita sampai pukul 3-4 pagi. sweet sgt2. Siyesly tak kan lupa. :) Thanks korang...





is zara:
# 'Family is not always blood. It is the people in your life who want you in theirs; the ones who accept you for who you are. The one who would do anything to see you smile & who love you no matter what.'







Monday, February 25, 2013

menu untuk 'saya' ?






menu yang sedap untuk malam yang dingin

tq kawan :)
terimakasih untuk santapan yang enak




is zara: malam yang sangat sibuk. 
Untung badan.
 balik je bilik, makanan siap terhidang. nasi goreng tomyam betul pedas!
gracias! :)




#tq cik syahadataini :)







Sunday, February 17, 2013

ini perihal dia!



buka laman Facebook.
Mata membulat. Sampai pening.
Dia dengan statusnya
ditambah dengan imej yang 'menggoda' mungkin...

betul aku bingung...



Keliru dengan sikap dan tingkah laku manusia. Terlalu payah untuk aku mentafsir isi hati seseorang. Terkadang tingkah laku dan gerak geri tak sama dengan apa yang dijangkakan. Betul membuatkan aku bingung dengan tindak tanduk mereka. Apakah yang digilakan sebenarnya??



*Kasih sayang, bahagia ataupun perhatian??*


entah 


Atau kau sengaja bikin cerita panas konon2 dapat menggemparkan dunia dan melenyapkan sepi hati. Syg, manusia itu perlu belajar dari kesilapan. Bukan mempergunakan watak lain sebagai boneka hiburan utk mematikan kebosanan atau melengkapkan kehidupan.



Teringat pesanan seorang teman..... 

'cuba fikirkan yang baik2 sahaja. 
Anggap semua orang di sekeliling kita berhati baik. Mulia. Tiap orang ada kelebihan, ada kelemahan. Buang jauh2 segala permasalahan & jangan rumitkan fikiran.'



Hurm...zara bukannya terlalu prejudis dalam menilik sikap mereka. Cuma keliru dengan agenda lakonan hebat yang dipersembahkan . Nyata depan mata. Sahabatku yang satu itu terlalu jauh...jauh dari pandangan mata. Moga dia baik2 sahaja ya...



soal hati itu sukar dimengerti


#Aku bukanlah insan yang betul arif tentang perilaku manusia. Mungkin aku perlu dalami ilmu psikologi untuk menjadi pakar hati....Tak kenal maka tak cinta. Betullah kata orang, perkenalan itu penting sebelum membuat spekulasi membabi buta.




 :D  is zara~





Saturday, February 16, 2013

:')





Syukur.Alhamdulillah.



Dia kurniakan aku teman. Sahabat yang mulia. Sangat sayang pada mereka. Ya Allah...Tautkan hati kami. Jauhkan dari penyakit hati, ego, iri dan benci. Moga rasa kasih itu senantiasa tumbuh. Mekar, harum, mewangi. Berikan mereka kebahagiaan duniawi dan hakiki.

:')






#Athirah, syuhada, syahadataini, Nurul Farah Diyana, Aishah Miur Zabidin, Siti Fatimah



is zara: Semoga awak semua bahagia. Semester akhir untuk aku dan teman. Moga ukhwah itu tidak mati di sini. Sayang awak semua.