Tuesday, May 22, 2012

"solat subuh"









Rasulullah SAW bersabda:


(إِنَّ أَثْقَلَ الصَّلَاةَ عَلَى المـُـنَافِقِيْنَ صَلَاةُالعِشَاءِ وَالفَجْرِ، وَلَوْ يَعْلَمُوْنَ مَا فِيْهِمَا لَأَتَوهُمَا وَلَوْ حَبْوًا)

Maksudnya: Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh, kalaulah mereka tahu kelebihan kedua-duanya nescaya mereka akan datang melaksanakannya meskipun dalam keadaan merangkak (HR Al-Bukhari dan Muslim).

Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berjemaah :


"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak.”
(Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)


Abdullah bin Mas ‘ud r.a berkata: “Engkau telah melihat kami dan tidak meninggalkannya (solat Subuh) melainkan munafiq yang dimaklumi sifat nifaqnya”. Riwayat Muslim, Abu Daud, Al-Nasai dan Ibnu Majah.


Ibnu Umar r.a pula berkata: “Apabila kami dapati ada lelaki yang tidak hadir solat (di Masjid) pada waktu fajar (Subuh) dan Isyak kami akan berburuk sangka terhadapnya”. Riwayat Al-Bazzar, Al-Tobrani dan Ibnu Khuzaimah.

Oleh itu jika anda mahu mengukur secara zahir iman seseorang maka ia boleh diukur dengan keadaan solat Subuhnya. Jika dia seorang yang sangat memelihara solat Subuh dan melaksanakannya secara berjamaah di masjid/dirumahnya maka ia menjadi bukti kepada kekuatan imannya.

Seseorang yang mampu bangun untuk pergi berjamaah di waktu Subuh adalah bukti kekuatan iman seseorang kerana dia telah menang dalam peperangan dengan hawa nafsu dan hasutan syaitan supaya terus tidur.



~Sabda Rasulullah S.A.W~
"Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T. dengan dua kebebasan.
'dibebaskan dari api neraka & sifat munafik'






zara: selamat beramal. terima kasih. sahabat.





Monday, May 21, 2012

bulan rejab





"bulan rejab"




jangan lupe.baca doa masuk bulan rejab


اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ

(Allahumma baariklana fii rajabin wa sya’baana wa ballighnaa ramadhaan)

Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’aban dan sampaikan (Hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan”. (HR Baihaqi)

Khasiat dan kaifiatnya apabila membaca doa ini, sebagaimana diriwayat dari Anas r.a.: “Adalah Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam apabila masuk bulan Rejab, baginda mengucapkan doa tersebut”.
 (Ruj. Al-Azkar an-Nawawiyyah).




'juga digalakkan membaca sayyidul istighfar pada bulan Rejab..'
 Sayyidul istighfar adalah zikir Rasulullah S.A.W. yang dibaca pada setiap pagi dan petang.


Kelebihan: dijanjikan syurga pada sesiapa yang membacanya dan meninggal pada hari itu sama ada pagi atau petang.





zara: moga diberi kekuatan untuk sama-sama mengamalkan... 














Sunday, May 20, 2012

pemergian yang bermakna





Saya tunggu.
Jgn risau. Saya pergi sebentar.
Moga dapat merawat keluh kesah
Semoga pemergian ini bermakna. Berbekas di jiwa.
Jgn risau
Derita tak seberapa. Sebesar zarah cuma.
Syukur.
Syukur atas nikmat derita.
Semua orang ambil tahu. Ambil peduli. Cara saja ‘berbeda’
Tolong.
Jangan biar hati ini mati. Beku.
Saat itu tiada lagi ruang walau kau melutut dan merintih hiba.
Terlalu banyak air ini mengalir dari tubir empangan, hinggakan tiada lagi sisa untuk diubati luka.



Jangan biar detik waktu itu berlalu sia-sia.






zara: tiada guna 1000 janji manis yang dilafazkan sekiranya kau selit kata-kata dusta dan diakhiri dengan kemaafan



"hari jumaat"


 sunnah dan adab hari jumaat...




Wednesday, May 16, 2012

hari guru

"16 Mei"


Hari guru. Semua sibuk dengan sambutan. Anak murid sibuk memilih hadiah untuk guru kesayangan. Tak lupa juga kad ‘comel’ sebagai tanda ucapan. Untunglah guru yang mendidik. Dapat pahala berpanjangan. Guru yang 'awesome' juga pasti disayangi ramai murid. Senantiasa dihargai. Cemburu. Teringin merasa nikmat indah itu. Biarpun seketika, memadai asal tercapai hasrat hati. Zaman sekolah adalah zaman terindah. Kalau dahulu pergi sekolah sekadar suka-suka. Mahu berjumpa teman. Bermain. Bergembira. Seronok bukan?

Kenangan yang takkan pernah luput dari ingatan.

Ya. Ketika itu usiaku 12 tahun. Aku mendeklamasikan sajak sempena hari guru. Berkat dorongan abah dan keluarga. Kemenangan menjadi milikku. Terima kasih abah.

Bait puisi itu masih segar di ingatan,


Sekolahku
Tempatku mendapat ilmu
Dari tahun 1 hingga tahun 6
Ku tempuhi perit getir onak dan duri
Mengejak cita-cita murni

Sekolahku
Yang tersegam indah
Di atas tanah pusaka bangsa
Tempat tumpah darahku
Berdiri teguh dan kukuh

Sekolahku
Takkan mudah kulupakan
Segala kenangan pahit dan manis
Bersama guru-guru dan rakan-rakanku.






Zara: yang indah itu nikmat. Manis seperti ‘gula-gula’istimewa. Rindu aku pada zaman persekolahan.

terima kasih. guru sksi,rpk,sys,matrikulasi melaka& UMK



" Apabila seseorang itu meninggal dunia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya."
~riwayat muslim~






Tuesday, May 15, 2012

sakit itu penawar



Tarik nafas. Lega.
Hati tak sakit. Jiwa tak kelam. Senyum*

Kasihan sama teman. Risau jika mereka turut terkena tempiasnya. Maaf.
Hati tak kuat seperti yang diduga. Sebak. 

Aku sedar.
Duka itu sebentar. Aku yang mengeluh panjang.
Mahu rasanya lompat terjun ke dalam sungai yang entah berapa kedalamannya.

 sakit itu penawar.
Aku yang  fikir ‘kosong’
Bersangka baik ya sayang. Allah sentiasa tolong. Sentiasa ada.




 zara: sayang awak.




kisah hati 6


Tahniah! 

Tahniah kerana ada daya untuk mengelak. Tepuk tangan. Tanda penghargaan.

Memang.

Walau berlindung di balik timbunan sampah pun aku sanggup. Asalkan betul. Kena pada tempat.  Biar. Sampai mana mahu bertahan. Nanti dan lihat pengakhirannya. Aku mahu yang terbaik untuk kita. Jangan didahulukan kegembiraan dengan jalan mudah. Atur langkah….pikir panjang untuk dapat pengakhiran yang sempurna. Cantik. Indah pada mata manusia dan pencipta.

Hidup ini indah jika semuanya kerana Allah.








zara: masih belum layak terima piala untuk dibawa pusing ke seluruh kota.



Monday, May 14, 2012

kisah hati 5



"Sahabat"
 
alhamdulillah.aku diberi waktu untuk mengenal insan sepertimu.
Benar.dunia ini penuh dengan manusia bertopeng yang hampir2 mengelirukan. Manusia dengan pelbagai ragam….wajah-wajah yang hanya pandai berpura, egois, cemburu , tidak pernah lekang dari penyakit hati walau sepicing pun…


Ya..kitalah yang perlu bijak memilih…memilih teman yang baik yang bisa memberi manfaat terbaik buat kita.
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (hadis riwayat Abu Daud)



Terkadang kita salah memilih. Sesalan mula bertapak di hati. Hati sememangnya mudah terpengaruh dengan pujuk rayu dan kata manis… akhirnya, madu dibalas dengan tuba….tak perlu dikesali sesuatu yang telah terjadi kerna semua itu adalah pengalaman, yakni guru terbaik buat kita….Sama seperti kisah pasangan kekasih yang beratus kali putus cinta.dari situlah dia mula mengenali seribu satu perangai manusia. Begitulah hebatnya pengalaman dalam mengajar nilai erti sebuah kehidupan.


Syukur…Alhamdulillah..


Penghidupan di negeri baru benar-benar memberiku seribu juta rasa….ya.


Diri ini lebih akrab dengan mereka walau sebulum ini kita tidak saling ‘mengenali’.
Hari-hariku indah dengan adanya mereka di sisi. Segala kenangan pahit manis,penat lelah kita kongsi bersama. Syukur, walau permasalahan itu datang dan pergi hubungan antara kita tetap utuh. Ya. Mula terbit rasa kasih kerna hanya mereka ‘harta’ aku ada di sini. Tiada galang gantinya.
Tiap yang Allah tetapkan itu adalah yang terbaik.
 DIA yang maha tahu….


Terimakasih.

***



*love:zara*

 

"malam"





malam nan indah
menggambarkan rasa hati
memahami getaran jiwa
terkadang bintang menemani
sang rembulan pula menghiasi
 indahnya duniamu duhai malamku


namun...
tidakkah kau sunyi
pabila sang bintang tak kunjung tiba
rembulan menghilang entah kemana
begitu juga aku
yang merasakan sepi
andai tidak punya siapa

kita serupa.
teman melengkapkan segala
 lenyap duka nestapa

syukur.atas nikmat dan kurnianya.senyum.

***




teman dalam diam




“teman”….

Moga teman itu kan bisa menjadi teman selamanya ya
Ini hanyalah pengharapan aku
Percaturan antara kita
Aku..insan yang tak punya apa-apa
Kerdil & hina
Moga kau terima aku seadanya ya…

***
Ku tertanya
Adakah kata dan hatimu serupa…..
entah mengapa, sukar untukku mengerti
Kerna bahasa tubuh juga bait kata itu tidak menggambarkan keikhlasan dan ketulusanmu
Tidak mengapa ya….

Aku diam ya….biar aku jadi temanmu dalam diam
Akan ku nanti hari esoknya….
Moga kasih antara kita bercambah kembali
….subur mewangi…




Thursday, May 3, 2012

jom ikut sunnah Rasulullah!~




she eats with her hand because she is following the sunnah of Rasulullah SAW, not because she is a village girl.

  she eats until her plate is clean because she doesn't want to waste food, not because she is a shameless person.

she licks her fingers after eating because she is following the sunnah of Rasulullah SAW, not because she is a disgusting person



with love:zara

Tuesday, May 1, 2012

~pwtc (pesta buku v/s teman lama)~



…….Pesta Buku PWTC…


Sgt excited dan senantiasa menghitung hari untuk bertemu….tak tentu arah dibuatnya. Hingga memikirkan pakaian yang sesuai untuk hari terindah itu nanti…Yalah, kami berjumpa di pesta buku,PWTC. Memang penuh sesak dengan kelibat manusia. Ada diantaranya bercita untuk bertemu dengan penulis idaman masing2….Salah pilih baju nnt mungkin sukar untuk aku mengatur langkah…

*
**
***
****
So, saya memilih blouse cokelat labuh dan seluar slack cream…


On that day, memang saya terlewat smpai ke PWTC. But, that not the problem…So abaikan ye..Perkara pertama yang berada di kotak fikiran niy hanyalah 'dia'. Macam mana agaknya rupa dia…hati tertanya-tanya. Coz di situ memang penuh sesak dengan manusia yang pelbagai ragam. Hampir kekurangan oksigen aku dibuatnya….lelah aku bergerak ke sana kemari….

&Alhamdulillah….~

Aku bertemu…..pertemuan yang sangat bermakna…teman sepermainan, teristimewa juga idola hati aku suatu ketika dahulu…11 tahun tidak ketemu….tak banyak berubah…Dia tetap mesra, dan periang seperti dahulu..cumanya, kerudung yang dipakai agak labuh sedikit berbanding diri ini….Alhamulillah…

*aku pula malu sendiri*

Semoga aku boleh menjadi yang lebih baik seperti dia..dan teman teman lainnya….

So, after that aku berkunjung ke bahagian karangkraf….:) & satu lagi hadiah mengejutkan buat aku. Aku dapat bersua dgn my lovely novelis…’Ramlee Awang Murshid’….sweet…so ambil pic sbg kenangan…


Then, my turn pula untuk shopping buku…Rambang mata dibuatnya….Seperti biasa akulah yang diminta menyelit ambil buku di rak  ‘special’ untuk akak…..Bab-bab menyelit niy memg akak serah pada aku...aku agak pakar dlm bab niy compared to my sist..hehe….


Memang habis duit gaji borong buku….Akak sy kata bulan niy die cuti tgk wayang….Sebab nk cover duit novel yang habis beratus tu…


Antara buku yang saya beli:~

~Sepatu milik kasanova
~My love playgirl
~Venom Suria
~kasih "ibu ayah"
~satu janji





zara: moga angan kan jadi nyata....tq my old fren>nur liyana hazwani che ahmad~