"16 Mei"
Hari guru. Semua sibuk dengan sambutan. Anak murid sibuk memilih hadiah untuk guru kesayangan. Tak lupa juga kad ‘comel’ sebagai tanda ucapan. Untunglah guru yang mendidik. Dapat pahala berpanjangan. Guru yang 'awesome' juga pasti disayangi ramai murid. Senantiasa dihargai. Cemburu. Teringin merasa nikmat indah itu. Biarpun seketika, memadai asal tercapai hasrat hati. Zaman sekolah adalah zaman terindah. Kalau dahulu pergi sekolah sekadar suka-suka. Mahu berjumpa teman. Bermain. Bergembira. Seronok bukan?
Kenangan yang takkan pernah luput dari ingatan.
Ya. Ketika itu usiaku 12 tahun. Aku mendeklamasikan sajak sempena hari guru. Berkat dorongan abah dan keluarga. Kemenangan menjadi milikku. Terima kasih abah.
Bait puisi itu masih segar di ingatan,
Sekolahku
Tempatku mendapat ilmu
Dari tahun 1 hingga tahun 6
Ku tempuhi perit getir onak dan duri
Mengejak cita-cita murni
Sekolahku
Yang tersegam indah
Di atas tanah pusaka bangsa
Tempat tumpah darahku
Berdiri teguh dan kukuh
Sekolahku
Takkan mudah kulupakan
Segala kenangan pahit dan manis
Zara: yang indah itu nikmat. Manis seperti ‘gula-gula’istimewa. Rindu aku pada zaman persekolahan.
terima kasih. guru sksi,rpk,sys,matrikulasi melaka& UMK
" Apabila seseorang itu meninggal dunia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya."
~riwayat muslim~
No comments:
Post a Comment