Selamat pulang…!!!!!!!!!!!!=)
Ya, selamat tiba di MALAYSIA….alhamdulillah
^
^^
‘Kenangan di acheh tetap bersemadi di jiwa…’
……………………………………………………………………………
Hari raya aidiladha kali niy disambut di acheh bersama prs umk dan pkpmi (pelajar Malaysia di Indonesia cabang acheh)
Terdengar aluanan takbir di malam raya . Sebak terasa kerana tidak pulang ke kmpung halaman bersama keluarga.
Tp, Alhamdulillah saya peroleh pengalaman yang lebih bernilai, kawan2 baru yang semuanya baik2 dan mulia akhlaknya…=)
Terima kasih kepada warga pkpmi atas layanan mesra yang diberi…=’) Kenangan semusim ikatan selamanya..semoga ukhwah yg dibina berkekalan ya…
Penginapan kami adalah di rumah keluarga angkat masing2, di kampung nengheng. Penduduk acheh melayan tetamu dgn baik,peramah dan berbudi bahasa. Terharu rasanya apabila golongan yang susah seperti mereka, sanggup berhabis wang semata mata membeli barang yang mahal untuk dijamu kepada kami, pelajar Malaysia.
Teringat kata2 ibu angkat sewaktu saya manghantar barang makanan untuk diagihkan kepada keluarga angkat masing2.
Ibu: ibu suka makan ini(sardin),tapi ibu enggak bisa kerna ini untuk org kaya aja…maaf kalu capek di rumah ibu, enggak seperti di Malaysia
Sayu mendengar kata2 ini lahir dari mulutnya sendiri, kita boleh makan apa saja di Malaysia, tetapi ….mereka makan sekadar yang ada…ada di kalangan penduduk yang sudah kehilangan suami, isteri ataupun sanak saudara disebabkan bencana tsunami. Tetapi mereka tetap meneruskan kehidupan tanpa menganggap masalah pernah wujud dalam hidup mereka….
Semoga mereka sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh NYA….
Terima kasih kepada ibu angkat sekeluarga, pkpmi, dan ahli prs umk juga lain2 yg terlibat….
Syg semua=)
Sebelum pulang, sempat singgah ke:
=IAIN Ar-Raniry
=rumoh acheh
=muzium tsunami
=masjid ar-rahman
=rumah anak yatim johor
&bbq di pantai….
Tak lengkap rasanya kalau tiada cendera kenangan utk di bawa pulang…
So, dengan wang 200 000 rupiah saya menghadiahkan:
....pic 1:Untuk abah
....pic2:Untuk umi dan diri sendiri
....pic3:Untuk kakak dan adik2
.....pic4:Untuk kawan2 tersayang
Lastly….kami singgah ke kedai bakso…sgt sedap, bakso+ayam+air mangga….makan puas2, hehe. Maaf tak dapat beli banyak souvenir untuk dibawa pulang…Saving utk makan….Baju di sini mahal, so x dpt beli baju sbg kenangan….
nota kaki: seronok dpt kenal warga pkpmi....=)